My Idol is my Mother(MUHAMMAD IMRAN ,DME43B,alam019113)
NAMAKU MUHAMMAD IMRAN BIN SAIFUL AMIR, aku berasal dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah syukur kepada ilahi aku dibesarkan oleh kedua ibu bapaku dengan penuh kasih sayang. Hari ini aku ingin menceritakan tentang idolaku yang aku rasakan hebat. Idola yang ingin ku ceritakan ialah ibuku sendiri. Diberi nama NORMALA BINTI ABDUL KAYEM, dia seorang yang tegas dan garang tetapi dalam masa yang sama lembut dan penyayang. Ibuku bukan datang dari keluarga yang senang, tetapi dia sering kelihatan ceria apabila menceritakan tentang kisah silamnya bersama datuk dan nenekku. Aku melihat ibuku sebagai idola kerana sifatnya yang bagus dan dapat aku jadikan sebahagian dari hidupku.
Aku mendadijan ibuku sebagai idola kerana sifatnya yang baik, antaranya dia seorang yang menepati waktu. Masih teringat akan waktu aku masih bersekolah rendah, jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, waktu aku tamat persekolahan. Setiap hari pasti ibuku akan mengambilku pulang dari sekolah dan aku masih ingat tiada satu hari pun ibuku mengambilku lewat pulang dari sekolah. Bukan itu sahaja, ibuku seorang suri rumah yang pandai memasak, kalau dia dapat pesanan dari pelanggan, pasti dia akan menyiapkan pesanan tepat pada waktunya. Dengan menepati waktu ibuku dapat memperoleh rasa hormat dari ramai orang dan aku ingin memiliki perkara tersebut.
Selain itu, ibuku juga seorang yang gigih dan cekal. Keluarga aku terdiri dari lima orang ahli, ayahku,ibuku,kakak,adik dan aku. Walaupun ayahku bekerja sebagai eksekutif bank ibuku tetap mencari wang sampingan dengan menjual nasi lemak. Hal ini kerana ibuku ingin mengurangkan beban yang ditanggung oleh ayahku. Mengapa aku katakan bahawa ibuku seorang yang gigih dan cekal, kerana kesungguhan dia dalam melakukan pekerjaannya. Setiap hari isnin hingga khamis dia akan menjual nasi lemak, hal ini sudah menjadi rutin bagi dia. Dia bermula seawal pukul 2pagi bangun dan masak lauk untuk dijual, pukul 5pagi dia akan membentang meja dan payung dan menjual nasi lemak bermula pukul 6pagi hingga 10 pagi, jika dimurahkan rezeki pukul 8 habis semua lauk dijual. Pukul 10 pagi dia akan pergi ke pasar untuk membeli barang masakan dan pukul 2petang dia akan mengambilku pulang dari sekolah. Bermula pukul 3petang dia akan sambung memasak sebelum berhenti pada pukul 5petang. Dia tidur pukul 8malam. Aku berasa bahawa diaseorang yang hebat dan mempunyai hati yang kuat kerana mampu melakukan rutin ini bermula dari aku lahir hingga umurku 18 tahun.
Di samping itu, ibuku seorang yang penyayang. Aku mempunyai tiga orang adik beradik, bermula dari kakakku yang sulung diikuti aku dan adikku yang paling kecil. Sejak dari kami kecil, ibuku tidak pernah memilih kasih, walaupun dibesarkan di rumah setinggan, dia tidak pernah mengeluh dan tetap membahagikan kasih sayangnya secara adil. Walaupun dia sibuk dengan kerja menjual nasi lemak, kami tidak pernah rasa kelaparan kerana pastinya ibuku akan menyediakan makanan kepada kami. Walaupun persekitaran yang tidak begitu baik dia tetap mengajarkan aku supaya menjadi orang yang baik, walaupun tinggal di kawasan setinggan tidak kurasa kurang didikan agamaku dari rakan-rakanku yang tinggal di persekitaran yang lebih baik. Walaupun persekitaran untuk aku membesar menjadi halangan aku berterima kasih kepada ibuku kerana dengan kasih sayangnya aku dapat dibentuk dengan baik.
Akhir sekali, ibuku sentiasa menepati janji. Janji antara perkara yang penting dalam kehidupan manusia, kerana dengan janji akan membuatkan seseorang itu percaya kepada individu tersebut. Ibuku ialah seorang yang kotakan janjinya, aku masih ingat kalau dia berjanji untuk bertemu dengan
[Internal Use]
seseorang pasti dia akan sampai awal dan tunggu, jikalau sesuatu tidak diduga dia akan memberitahu terlebih dahulu kepada orang yang dia janji itu. Hal ini membuatkannya ramai kawan kerana mereka bukan mencari status, bukan mencari kecantikan, tetapi mereka tertarik akan keperibadian ibuku yang baik. Aku turut berasa hormat akan ibuku kerana bukan senang untuk menjadi orang yang baik. Kesimpulannya ibuku ialah orang yang aku pandang sebagai idola kerana sifatnya yang baik dan menjadi inspirasi kepadaku. Aku berharap agar ibuku selalu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur untuk melihat aku berjaya dalam pelajaranku supaya dia tahu bahawa apa yang dia bentuk telah menjadi seorang yang
Comments
Post a Comment